Thursday, May 20

Myra, jangan lupa.

Myra, siapa diri kamu ni sebenarnya? Myra jangan lupa diri. Janga lupa seimbangkan dunia dan akhirat ya. Entah kenapa rasa sangat benci dgn apa yg dah sebati dlm diri ni. Perasaan yg negatif seperti pentingkan diri, kadang2 boleh lupa menghormati, lalai dgn dunia. Allah je yg tahu kenapa dan saya sendiri perlu bangun untuk berubah menjadi manusia yg ada di landasan yg betul. Kalau difikirkan dosa dari mula baligh sampai dewasa, masyaAllah. mungkin tak terkira byknya. Macam dah give up untuk hidup pun ada. Tp Dia mengetahui, Dia terima rintihan ampun umatnya.

"Ya Allah, Kau ampunkan lah dosa2 ku, kedua ibubapa ku, mereka yang aku sayangi. Sesungguhnya Engkau yg mampu mengampuni hambaMu ini. "

Dunia dah maju. Teknologi pun tambah maju. Hati kita pun maju. Tapi kenapa kemajuan yg ada dalam hati itu tidak sejajar dgn akal dan ilmu tuhan kita? Manusia makin maju berusaha untuk menipu sesama umat, membazir dgn kekayaan, membunuh untuk kepuasan. Jika dilihat, manusia ada pelbagai idea, semua idea tu hebat. Tapi kenapa idea yg ada ini, digunakan untuk kearah kekayaan dunia? Padahal, yg kekal adalah akhirat dan bukan dunia.

Saya juga perlu berubah. Berhijrah ke arah kebaikan. Bukan bermegah dgn rasa hati ini yg saya dah ckup hebat, cuma ingin mengingati diri. Siapa lah saya untuk bercerita tentang agama kan? Tetapi fikirkan, sejauh mana kita gunakan ilmu yg kita pinjam dari yg Esa untuk ke arah kebaikan?

Jika kita berniat untuk berubah ke arah Allah, pasti Dia akan tolong kita.
InsyaAllah

Rasa hati ini hanya untuk renungan peribadi dan muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment